berita

Lepas Tengok Video Interview, Netizen Tarik Balik Pujian Kata Pemandu Lori Viral Kacak – ‘Muka Macam Ni Berlambak Dekat Kampung’

November 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pemandu Lori Viral

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pemandu lori yang dikenali sebagai Iman Aliff kerana dikatakan memiliki wajah yang tampan.

Artikel Berkaitan: Tular Video Kereta Misteri, Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Wajah tampan

Pemandu Lori Viral

Video milik Iman kerap kali berlegar di laman TikTok dan pastinya mencuri perhatian wargamaya terutama golongan wanita.

Malah, jejaka berusia 22 tahun itu juga dilihat sudah ditemu bual dan diundang ke beberapa program sejak dirinya tular.

Tarik balik pujian

Pemandu Lori Viral

Bagaimanapun, segelintir wargamaya mahu menarik balik kata-kata mereka yang sebelum ini memuji ketampanan Iman selepas menonton video temu bualnya.

Kata wargamaya, mereka terkejut melihat wajah jejaka itu sedikit berbeza daripada apa yang mereka lihat di TikTok.

Malah, tidak kurang juga meluahkan rasa kecewa dan menyesal memuji anak jati kelahiran Kedah itu.

Sementara itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan berkemungkinan video yang dimuat naik di TikTok sudah menggunakan ‘filter’ menyebabkannya kelihatan ‘extra’ kacak.

SKIP THIS AD ×