Seperti yang kita semua tahu, Linda Rafar telah mengalami satu dugaan besar dalam hidupnya dimana dia kehilangan anaknya Rezaiman Keiflin atau Memen pada Julai tahun lepas.
Artikel Berkaitan : Anak Linda Rafar Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini Selepas Bertarung Dengan Ketumbuhan Kronik
Menjelang bulan Ramadhan ini, Linda Rafar banyak memuat naik foto-foto arwah Memen dan meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap arwah anaknya. Kami turut rasa sebak bila terbaca luahannya itu.
Belum Puas Aku Menjaga Dan Membesarkannya
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” walaupun kami tidak berada dalam keadaan Linda sekarang, kami juga turut merasai keperitan bila kehilangan orang yang kita sayang.
Bukan itu sahaja, Linda baru-baru ini banyak muat naik foto anak-anaknya termasuklah arwah Memen. Disitulah, kami dapat rasa kesedihan yang Linda alami.
#menunggumuDiPintuSyurga
Kami harap, Linda dapat bersabar dan kuatkan semangat dan kami doakan agar Memen sentiasa di cucuri Rahmat. Al-Fatihah