berita

Lisa Blackpink Beli Villa Bernilai Hampir RM26 Juta!

February 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah vila mewah di Seoul bernilai hampir RM26 juta.

Artikel Berkaitan: Percaya Tuah Dengan Tukar Nama, Lisa Blackpink Ikut Nasihat Peramal Nasib – ‘Selepas Seminggu Saya Diambil Untuk Menjadi Pelatih’

Artikel Berkaitan: Kalahkan Justin Bieber, Blackpink Jadi Artis Nombor 1 Paling Banyak Pengikut Di YouTube

Pemilik sebelum adalah cucu pengerusi Lotte Corporation

Kediaman yang terletak di Seongbuk-dong itu merupakan milik cucu perempuan kepada pengerusi sebuah syarikat terkenal iaitu Lotter Corporation.

Rumah baru idola yang berasal dari Thailand ini terletak di kawasan elit dengan keluasan lebih dari 7,200 kaki persegi dan terdiri daripada satu tingkat atas tanah serta dua tingkat bawah tanah.

Jiran kaya & terkenal

Sejarah kawasan Seongbuk-dong ini terdiri daripada kawasan kejiranan yang didiami kebanyakkannya oleh individu berpengaruh dan berkuasa di Korea Selatan. Antaranya ialah pelakon popular Bae Yong Joon menerusi drama Winter Sonata dan pelakon serta penyanyi Lee Seung-gi.

Terdahulu, dilaporkan Lisa telah membuat bayaran penuh untuk vila ini pada 30 Januari lalu.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×