Baru-baru ini, seorang pemanggil meluahkan rasa geram terhadap segelintir ibu bapa yang dilihat seperti tiada ‘common sense’ kerana membiarkan anak mereka menonton video di gajet dengan ‘volume’ kuat di tempat awam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok KJ ‘Fed Up’ Dengan Fafau – ‘Dataran Kau Pergi Dataran Merdeka Lah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ ‘Prank’ Ada Konflik Dengan AG Sampai Tak Nak Masuk Konti
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata KJ Menitis Dengar Ucapan Dari Anak-Anak Sempena Hari Bapa
Tiada ‘common sense’
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Hot FM, pemanggil yang bernama Lisa berkongsi pengalamannya di mana ada individu yang membiarkan anak mereka menonton video di telefon bimbit secara kuat.
Lisa berpendapat, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal anak mereka supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain yang berada di tempat itu.
Saya nak cakap siapa yang ada anak bagi telefon dekat anak dia tuh, tolong ‘volume’ tak payah sampai satu kedai boleh dengar.
Tolong faham boleh tak? Dah saya kena nyanyi lagu cocomelon anak kau.
Eh tahu tak? Anak saya dah besar tau. Dah anak saya tanya mummy, kenapa dia buka lagu kuat-kuat?
Lisa turut berkongsi mengenai adiknya yang menegur anaknya supaya memperlahankan telefon supaya tidak menganggu orang lain. Menurut Lisa, cara tersebut berjaya membuat orang lain terasa dan sedar sekali gus memperlahankan ‘volume’ telefon bimbit anak mereka.
Lisa turut menambah bahawa ibu bapa sepatutnya mengajar anak mereka dari kecil lagi supaya tidak menonton video di telefon dengan kuat di tempat awam.
Pernah sekali adik saya yang buat. Dia suruh anak saya perlahankan telefon, jangan kuat-kuat, orang lain nak makan, terganggu. Automatik orang akan perlahankan tapi tolong yang ada anak takkan korang tiada ‘common sense’.
Kenapa kau kena bagi anak kau buka kuat-kuat? Kau kena lentur anak kau daripada awal, jangan buka handphone kuat-kuat.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan memberi cadangan untuk makan di rumah jika mahu menonton dengan kuat.
Selain itu, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang terjadi kepada mereka sama seperti Lisa.
Sumber: Instagram