berita

Lombok? Bali? Bukan, Lata Berembun Yang Masih ‘Virgin’ Ini Hanya Terletak Di Pahang

October 9th, 2015 | by Wan
Travelogue

LATA BEREMBUN

Benarlah kata orang, di Malaysia sendiri sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang masih belum diterokai ramai. Hanya mereka-mereka yang berjiwa kental dan gemarkan cabaran sahaja mampu merasai keindahan alam semula jadi ini.

Artikel Berkaitan : Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia

Kami yakin korang mesti tertanya-tanya di mana kawasan air terjun cukup cantik ini. Mana tidaknya, sekali pandang seperti bukan berada di Malaysia.

Tapi percayalah, ia hanya terletak di Pahang.

Lata Berembun, Jerantut Pahang

lat1

Menurut seorang lelaki yang berkongsi tentang keindahan kawasan air terjun ini di sebuah group hiking, ianya terletak di Jerantut dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Menurut dirinya, 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jerantut, 30 minit untuk sampai ke entrance, 30 minit off road dan 15 minit trekking.

Memang tak boleh masuk sendiri, kena ada yang guide.

Masih lagi ‘virgin’

lat2

Difahamkan di Malaysia sahaja terdapat 3 kawasan yang menggunakan nama Lata Berembun jadi jangan tertukar pula. Lata Berembun di Jerantut ini memang tak ramai yang sampai.

Atas sebab itu lah ramai yang teruja mahu ke sini. Malah ada yang pertama kali baru tahu kan? Lihat saja warna air tu, siapa yang tak teruja.

Namun kawasan air terjun ini agak dalam, jadi hati-hati. Tak pandai berenang, pakai apa yang patut atau sekadar pergi bagi merasai sendiri pengalaman berada di situ.

Penting – jaga kebersihan, bawa keluar sampah

lat4

Kecantikan kawasan air terjun ini juga diakui oleh beberapa orang yang pernah ke sana. Namun rata-rata meninggalkan pesanan yang sama iaitu jaga kebersihan.

Menurut mereka, tempat ini sangat bersih dan memang susah untuk nampak sampah. Jadi bagi mengekalkan keindahannya, pastikan sampah dibawa keluar. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga.

Sekali lagi kami tekankan, jaga kebersihan.

lat3

Sumber : Fendi Md Noor

SKIP THIS AD ×