berita

Lombong Emas Secara Haram, Lelaki Maut Dihempap Batu

July 24th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki yang melombong emas secara haram di Sungai Kadir yang terletak di Kuantan, Pahang disahkan maut dipercayai akibat dihempap batu.

Artikel Berkaitan: Pencuri Motosikal Ditahan Polis Ketika Asyik Tonton Wayang Bersama Kekasih

Dihempap di bahagian dada

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap bongkah batu di bahagian dada hingga ke paras pinggang.

Mangsa dikatakan melombong di anak sungai yang terletak dalam kawasan hutan simpan bersama dua rakan dan bongkah batu di lereng bukit yang dipercayai jatuh selepas mereka mengorek tanah di situ.

Melihat kejadian yang menimpa mangsa, dua rakan mangsa kemudiannya bergegas pulang ke kampung untuk meminta bantuan orang ramai bagi mengeluarkan mangsa yang dihempap.

Dalam pada itu, polis memaklumkan sudah merakam percakapan dua rakan mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×