berita

Loudness Kembali Berkongsi Pentas Dengan Search Jun Ini

May 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Loudness

Berita baik untuk semua peminat rock! Khabarnya, kumpulan rock Jepun, Loudness akan kembali menggegarkan Malaysia pada Jun ini sebagai jemputan kumpulan rock tanah air, Search untuk Konsert Thunder In The East 2013.

Loudness yang ditubuhkan pada tahun 1981 mula dikenali ramai apabila mereka menghasilkan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985.

Lebih kurang dua tahun lepas, kumpulan ini pernah mengadakan konsert di Malaysia buat pertama kali dan mendapat sambutan yang cukup hangat dari para peminat.

Loudness yang terdiri daripada Minoru Niihara (vokalis), Akira Takasaki (gitaris), Masayoshi Yamashita (bassis), dan Masayuki Suzuki (dram) juga berkongsi pentas dengan Search pada ketika itu di KL Live, Kuala Lumpur.

Jadi untuk mengubat kerinduan anda semua, pada 30 Jun ini sekali lagi Loudness akan beraksi bersama Search serta Rusty Blade dan Slank.

rotikaya-search-30-tahun-mp3-s

Kumpulan rock terkenal tanah air, Search

Generasi muda mungkin tak berapa kenal dengan kebanyakan kumpulan rock dulu-dulu, tapi kalau nak tahu Rusty Blade ni ialah kumpulan rock terkenal pada era 80an. Mereka berasal dari Singapura dan menempa nama di Malaysia.

Slank pula ialah kumpulan rock dari Indonesia yang popular dengan lagu Ku Tak Bisa suatu ketika dulu. Mereka terdiri daripada Kaka (vokalis), Bimbim (dram), Abdee (gitaris), Ivanka (bassis), dan Ridho juga sebagai gitaris.

Untuk pengetahuan semua, harga tiket bermula dari RM138, RM258, RM358, dan RM888. Bagi yang tak mahu lepaskan peluang ini, anda boleh layari laman Facebook atau emelkan pertanyaan anda ke [email protected] .

Loudness

SKIP THIS AD ×