berita

Love You Mr Arrogant Gantikan Cinta Jannah

September 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Zara Zya (kiri), Azlee Khairi (tengah), Hanez Suraya (kanan)

Nampaknya, Cinta Jannah bakal melabuhkan tirainya pada hari ini dan kami pasti, ramai peminat sudah tidak sabar dengan drama apakah yang bakal menanti selepas ini.

Berjudul Love You Mr Arrogant, filem yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman dan ramai lagi bakal menemui anda pada hari esok, 25 September.

Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang berkahwin bukan atas dasar cinta. Namun disebalik itu, Zaara sedikit demi sedikit mula menyintai suaminya meskipun suaminya masih ego dan tidak melayannya dengan baik.

Aishah Ilias dan  Norish Karman dalam Love You Mr.Arrogant Aishah Illias berganding bersama Norish Karman

Anzalna sebagai Fariza

Anzalna Nasir turut membintangi drama ini

Tidak lama kemudian, segalanya berubah apabila hadir orang ketiga iaitu Hadry yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zaara. Hadry sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan Zaara.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah cinta Zaara akan berpaling pada Hadry atau setia pada Irham meskipun lelaki itu masih ego dengan sikapnya?

Drama ini bakal merungkai segala persoalan dan masalah keluarga diantara dua insan. Dan untuk pengetahuan anda, drama ini merupakan garapan dari novel terbaik untuk slot Akasia.

Ia bakal diudarakan bermula esok setiap hari pada jam 7 malam. Bagi anda yang terlepas menyaksikannya, boleh layari laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×