Tanggal 14 Oktober 2018 kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi otai, Saleem Iklim. Allahyarham Saleem sebelum ini terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan koma.
Artikel berkaitan: Pesanan Terakhir Saleem Buat Syafiq Farhain
Anak kepada penyanyi Suci Dalam Debu ini, Syafiq Farhain meluahkan isi hatinya selepas kehilangan ayah tercinta. Sayu baca sebuah luahan ikhlas dari hati seorang anak buat ayahnya.
Kerana kau jua aku menjadi penyanyi
Engkau lah idolaku, kerana kau jua aku menjadi penyanyi, dari kau jua lah bakat yang tak seberapa ini ku pinjam, kau jua lah yang menghantarkan aku ke syarikat rakaman ini, segalanya… impian ku ingin berkongsi karya bersamamu hanya tinggal mimpi yang tak mungkin pernah terwujud lagi..terima kasih atas segala jasa-jasamu Abah.. Ain doakan agar Abah tenang disana disisi ALLAH SWT.. Doa ain dan semua peminat mu di seluruh nusantara ini pasti terus mengalir seiring dendangan suaramu yang takkan pernah lapuk dan lekang dek waktu.. engkau bagai air yang jernih…
Boleh berjaya dalam bidang seni
Teruskan bawa lagu abah
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih akan kehilangan penyanyi kesayangan ramai itu. Malah, terdapat segelintir pengikut turut memberikan kata-kata semangat buat Syafiq menerusi ruangan komen di foto ini.
Sumber: Syafiq Farhain