Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn minggu lalu membuat kejutan apabila istana negara itu mengumumkan pemecatan gundik dirajanya kerana tidak setia. Terbaru, empat lagi pegawainya dipecat atas beberapa alasan.
Dipecat kerana beberapa kesalahan
2 pegawai istana dipecat kerana telah ‘bertindak kejam’ dan ‘zina’, yang dikatakan telah melanggar kod tatakelakuan pekerja istana. Dalam satu dokumen lain, 2 pegawai tentera digugurkan jawatan mereka kerana ‘tidak tegas’ dan ‘bertindak tidak sepadan dengan pangkat serta kedudukan’.
Pecat pegawai minggu lalu
Keempat-empat dilucutkan jawatan mengikut jejak langkah 6 pegawai istana minggu lalu yang dituduh menyalahi peraturan disiplin yang serius. Mereka juga didakwa telah menyebabkan masalah dalam kalangan kerabat.
Salah seorang yang terlibat adalah seorang jururawat di bahagian kawalan selain pegawai veterinar, menurut lidah rasmi istana, Royal Gazette.