berita

‘Maaf Tak Dapat Cium Dahi Alif Lagi’ – Ucapan Sayu Nora Buat Arwah Anak

March 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi terkenal tanah air, Nora Ariffin berkongsi sebuah nukilan khas buat arwah anak dan suaminya iaitu Allahyarham Johan Nawawi dan Alif Johan di akaun Instagram miliknya. Lebih menyedihkan, nukilan tersebut ditulis khas sempena ulang tahun kelahiran arwah anaknya yang ke-21.

Miss you my bff

Happy birthday yang ke-21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yang mampu mama berikan. Maaf mama tak dapat cium dahi Alif lagi. Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & etc. Miss you my BFF. Nanti kita jumpa lagi ye. Al- fatihah

Menurut Nora, sempena ulang tahun kelahiran arwah anaknya yang ke-21, dia meluahkan perasaan rindu yang teramat. Menurutnya, Alif bukan sahaja seorang anak buat dirinya malah, dia juga merupakan teman borak dan tengok wayang. Nora juga menulis bahawa hanya doa sahaja yang mampu diberikan sebagai hadiah buat anaknya dan berharap arwah tenang di sana bersama papanya.

Alif tak sempat sambut 21 tahun hari ni

Abang. Hari ni 7/3 hari lahir anak ke-2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni. Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak-anak lain, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Syukur pada Allah, dengan kekuatan yang diberi, sokongan anak-anak, Iman, Putri & Fatehah, walau payah, perlahan- lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup dan memberi kebahagiaan untuk anak-anak kita. We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dapat bertemu lagi di Jannah. Al- fatihah Johan Nawawi.

Di samping itu, Nora turut menulis sebuah nukilan juga buat arwah suaminya iaitu Johan Nawawi. Menerusi nukilan tersebut, Nora memberitahu bahawa anaknya Alif sudah pergi meninggalkannya juga. Manakala, anak-anak yang lain semuanya baik-baik belaka. Nora turut bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan buat dirinya untuk terus melangkah dan memberi kebahagian untuk anak-anak. Perasaan rindu yang teramat turut diungkap oleh penyanyi itu.

Stay strong kak

Sumber: Nora Ariffin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×