Baru-baru ini viral di media sosial sehingga video penyanyi Alif Satar mengusung jenazah di Tanah Suci Mekah. Video berkenaan mendapat lebih 1 juta tontonan daripada netizen yang sebak melihat video berkenaan.
Artikel berkaitan: ‘Alif Insan Terpilih’- Lebih 1 Juta Tontonan, Video Alif Satar Usung Jenazah Di Tanah Suci Buat Netizen Menangis
Alif mengatakan perasaannya ketika diberi peluang untuk merasai detik ‘indah’ itu sebagai tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Rasa sesuatu yang orang lain tak pernah rasa
https://www.instagram.com/p/BcCZdtDD8C2/?taken-by=alifsatar
Rasanya sangat ‘wonderful’, rasa sesuatu yang orang lain tak pernah rasa. Kalau diingati semula, satu pengalaman baru kerana disana orang akan berebut-rebut untuk mengusung jenazah.
Alif menurut Sinar Harian mengatakan detik-detik berkenaan merupakan pengalaman baru buat dirinya memandangkan semua jemaah di sana akan berebut untuk mengusung jenazah setiap kali selepas waktu solat fardhu.
‘Sebak sangat, kita akan ingat mati…’
Rasa sebak sangat, kita akan ingat akan mati dan berdoa agar kematian kita nanti ada yang mahu berebut-rebut mengusung jenazah kita, kalau dilihat seperti satu anugerah jika meninggal dunia di Makkah.
Mari terfikir macam manalah kalau mati nanti, bersediakah kita dan macam mana ‘dunia’ di sana nanti.
Bermula dengan dorongan rakan
Kawan saya tanya, pernahkah saya mengusung jenazah di Makkah, saya kata tak pernah…jadi dia bawakan saya ke ‘tempatnya’.
Dia pesan dekat saya lepas sahaja habis solat (solat Zuhur ketika itu), cepat lari pergi ke kawasan ‘gate’, sebaik sahaja gate dibuka kau terus masuk.
Kongsi Alif lagi, semuanya bermula dengan dorongan rakannya yang tinggal di Mekah yang bertanyakan sama ada dia pernah merasai pengalaman mengusung jenazah di kota suci itu. Menurut Alif, dia bersyukur kerana sempat mengusung tiga jenazah ketika itu.
Sumber: Sinar Harian