berita

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Bicara Kes Wanita Islam Murtad Di Luar Negara

February 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, viral video seorang wanita Islam warganegara Indonesia dipercayai telah dimurtadkan oleh seorang lelaki warga tempatan beragama Hindu. Wanita tersebut mengaku telah meninggalkan agama Islam sejak di negara asalnya untuk berkahwin dengan suami.

Artikel berkaitan: ‘Tolong Maafkan Suami Saya, Nak Sujud Pun Boleh..’ – Wanita Viral Dalam Video Murtad Minta Maaf

Terbaru memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memaklumkan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan tersebut memandangkan perbuatan itu telah berlaku di luar negara.

Kesalahan berlaku di luar negara

Dimaklumkan, Mahkamah Syariah hanya boleh membicarakan kesalahan tersebut sekiranya kesalahan itu berlaku di dalam negara ini. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu Mohd Na’im Mokhtar ketika sidang media prosiding pertama di Mahkamah Utama Syariah (MUS) Negeri Perak.

Seperti diketahui bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada individu beragama Islam. Bagaimanapun, bidang kuasanya tidak melihat kepada kerakyatan warga negara individu yang dikenakan sesuatu dakwaan.

Asalkan kesalahan itu dilakukan dalam negara ini maka seseorang individu warga asing yang beragama Islam tetap boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

Boleh dikenakan tindakan

Suami kepada wanita warga Indonesia turut memberitahu cara untuk lelaki bukan Islam mengahwini wanita Islam adalah dengan menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India terlebih dahulu.

Meskipun, individu tersebut sudah bukan beragama Islam, namun siasatan ke atas lelaki yang memurtadkan wanita itu dibuat atas dasar kesalahan. Malah, boleh diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti menghasut masyarakat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×