berita

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Lelaki Cacat Berkaki Palsu Ini Berbasikal Sejauh 688KM

June 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

ohbulanraja

Setelah hampir 6 bulan selepas banjir besar melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur, hari ini masih ramai lagi mangsa yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan tidur di bawah khemah dalam serba kekurangan.

Namun melihat kepada kesungguhan lelaki kurang upaya berkaki palsu ini dalam membantu mangsa banjir, hati kami tersentuh. Walaupun namanya sudah cukup dikenali namun usaha terbarunya ini wajar diberi pujian.

Terbaru, dirinya bakal mengayuh basikal dari Kuala Lumpur ke Kelantan bagi mengutip dana dan menyedarkan orang ramai bahawa masih ramai lagi mangsa banjir memerlukan bantuan.

Masih Ramai Tinggal Di Khemah

guna

Kayuhan yang dijadualkan bermula di Gombak pada hari ini selama 6 hari mendapat perhatian ramai pihak. Malah sehingga hari ini, banyak bantuan telah diterima bagi merealisasikan misi Kayuhan Sejuta Kasih.

Bayangkan, walaupun menggunakan kaki palsu Raja Shamri tekad mahu meneruskan kayuhan bagi mengumpul dana bantuan ini. Berikut merupakan statusnya yang buat kami sebak.

Screen Shot 2015-06-03 at 12.22.21 AM

Jom Kayuh Basikal!

raja

Usaha murni Raja Shamri ini turut mendapat perhatian media malah dijemput hadir ke beberapa rancangan bagi mewar-warkan misi Kayuhan Sejuta Kasih.

Buat pembaca OHBULAN! yang mahu menyumbang kepada misi ini, boleh lah tunggu di checkpoint yang telah dinyatakan. Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin orang pula tolong kita kan?

 

All the best buat Raja Shamri dan pasukannya. Moga semua dipermudahkan.

cacat

SKIP THIS AD ×