Puteri Sarah, 36, menyatakan hasratnya untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selepas melihat undang-undang yang mempertahankan hak wanita di Malaysia ini masih lemah. Dengan hasratnya itu, dia berharap untuk memartabatkan hak kaum wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Mahu Anak-Anak Terikut’ – Puteri Sarah Dengar Ceramah Untuk Tenang & Kuatkan Diri
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Terjumpa Janna Nick Di Lapangan Terbang, Nak Pergi ‘Healing’ Di Eropah?
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Akan Menarik Balik Dakwaan & Akan Teruskan Perbicaraan’ – Puteri Sarah
Demi hak wanita
Menerusi laporan Kosmo, Sarah berniat untuk bertanding pada PRU16 demi mempertahankan hak wanita di Malaysia kerana dia menyedari perkara itu masih tidak kukuh.
Lagi lima tahun nak bertanding jugalah untuk pertahankan hak wanita kerana di Malaysia perkara itu masih tidak kuat.
Perlu ada seseorang yang lantang bersuara untuk semua mangsa.
Tambah pelakon Suri Hati itu, dia menyedari harus mempelajari selok-belok berkaitan undang-undang serta politik bagi memastikan hasratnya itu menjadi kenyataan. Menurutnya, lebih baik jika memiliki kelayakan diploma atau ijazah dalam bidang politik sebelum menceburkan diri dalam bidang sebegini.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah kelihatan lebih banyak berkongsi tentang hak wanita di laman media sosial sejak kisah pergolakan rumah tangganya menjadi bualan netizen.
Sumber: Kosmo