Viral di media sosial mengenai spekulasi berhubung majlis pernikahan Noor Neelofa dan PU Riz yang dijangka bakal berlangsung hujung minggu ini.
Artikel berkaitan: Betul Ke Neelofa, PU Riz Nikah Hujung Minggu Ini?
Artikel berkaitan: ‘Mudahkanlah Bagiku Urusanku’ – Neelofa Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Hujung Minggu Ini?
Terbaru, timbul pula dakwaan di mana Neelofa akan mengadakan majlis pernikahan di St.Regis Kuala Lumpur.
Difahamkan Jumaat ini
Menurut seorang individu di Twitter, Neelofa dan PU Riz bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Jumaat ini. Tambah individu tersebut, hari bahagia pasangan itu dipercayai bakal berlangsung di St.Regis Kuala Lumpur.
Tak sabar nak tengok majlis Lofa
Neelofa seorang yang dikenali dan disayangi. Tak sabar nak tengok majlis Lofa nanti.
Ada siaran langsung tak nanti. Kami semua tak sabar nak tengok.
Neelofa pakai baju warna apa nanti?
Foto: Ballroom St.Regis Kuala Lumpur
Terdahulu, netizen berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan Neelofa sama ada 25 hingga 27 Mac ini. Malah, Neelofa turut memuat naik sebuah posting dan meminta netizen untuk mendoakan segala urusannya dipermudahkan oleh Allah.
Semalam, ahli keluarga terdekat Neelofa dilihat membeli belah di sebuah kedai Abaya Lubnaa. Mereka dipercayai akan memakai pakaian tersebut sewaktu majlis pernikahan Neelofa nanti.
Sumber: Twitter