berita

Majlis Perkahwinan Bawah Jambatan Ini Outdoor Wedding Paling Unik & Terbaik Pernah Kami Lihat

October 5th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

sngpr

Jika dahulu majlis perkahwinan kebiasaanya dilakukan di rumah mahupun dewan serbaguna namun kini tradisi tersebut telah pun berubah.

Ramai dalam kalangan para pengantin kini lebih gemar mencuba sesuatu yang baru dan tampil lain dari yang lain dengan mengadakan majlis perkahwinan di tempat-tempat menarik seperti kawasan taman, tasik dan banyak lagi.

Namun majlis perkahwinan yang berlangsung di bawah jambatan di tengah bandaraya Singapura ini benar-benar menarik perhatian ramai.

Pernah dengar wedding bawah jambatan? tak kan?

Bawah jambatan je kot tapi…

br6

Beberapa keping foto perkahwinan ini mula mendapat perhatian ramai setelah dikongsi oleh beberapa orang pengguna Twitter beberapa hari yang lalu.

Majlis yang dipercayai berlangsung di sekitar Cityhall berdekatan Singapore Flyer/Gardens By The Bays ini mendapat pujian ramai dek kerana konsepnya yang unik.

b8

Konsep yang unik!

br3

Kami cuba menggunakan carian google bagi melihat sendiri kawasan yang dinyatakan dan terbukti cukup cantik walaupun hanya dibawah jambatan.

Persekitaran yang menarik, tumbuhan menghijau ditambah pula dedaun kecil yang tumbuh menjalar di kaki konkrit jambatan tersebut, ibarat menghadiri perkahwinan di sebuah taman.

br5

br2

br4

Tak dapat dinafikan ini antara outdoor wedding yang sangat luar biasa. So dekat Malaysia, agak – agak korang jambatan mana yang sesuai untuk buat wedding?

Sumber : Shook, Uncle’Sol

SKIP THIS AD ×