berita

Mak Nyah Maut Dibelasah Didakwa Curi Telefon Bimbit Ketika ‘Servis’

December 15th, 2018 | by faris
Kini Trending

Seorang transgender atau mak nyah berusia 32 maut ketika pada pukul 10.47 pagi Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Mangsa dipercayai dipukul sekumpulan lelaki dengan senjata tumpul.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kumpulan lelaki berkenaan berbuat demikian dipercayai kerana mangsa telah mencuri telefon bimbit salah seorang daripada mereka.

Didakwa curi telefon suspek

Shamsul Amar berkata, pihaknya menyiasat dan mendapati mangsa didakwa telah mencuri telefon bimbit suspek ketika melanggan mangsa bulan lalu.

Soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dengan seorang lagi rakan mereka yang masih diburu.

Motif kejadian disebabkan mangsa berusia 32 tahun itu didakwa telah mencuri telefon bimbit jenis Huawei Nouva 2i milik salah daripada suspek semasa melanggan mangsa pada November lalu.

32 kecederaan seluruh badan

Gambar hiasan

Tambah Shamsul Amar, polis telah mendapat perintah tahanan reman terhadap dua suspek selama enam hari bermula semalam, manakala dua lagi akan dipohon reman pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 32 kecederaan pada seluruh badan mangsa dengan pendarahan yang teruk termasuk di bahagian otak dan retak pada tengkorak.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×