Pengarah dan penerbit Michael Ang tampil memberi pendapatnya selepas tular isu mengenai harga makanan laut yang dimakan oleh isteri kepada artis serba boleh Mawi, Ekin di sebuah restoran.
Artikel Berkaitan: ‘Tanya Kalau Tak Jelas Dengan Harga, Bukan Ambil Video’ – Linda Hashim ‘Back Up’ Pemilik Kedai Makan ‘Seafood’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Telah Datang Ke Kedai Mak Cik Seramai 20 Orang’ – Pemilik Kedai Tampil Jelaskan Sebab Ekin Dicaj RM1260
Artikel Berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan ‘Cekik Darah’ , Order Ikan & 11 Menu Cecah RM1,260
Harga makanan mahal
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Michael Ang atau mesra di sapa Mike, berpendapat bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dihebohkan di media sosial.
Tergelak aku baca kes makan mahal sangat dan seller menjawab balik. bagi aku la kalau dah makan lepas tu harga mengejutkan bayar saja la lepas itu tidak la aku pergi lagi. Tak payah la nak bagitahu satu dunia.
Di samping itu, Mike memberitahu dia pernah mengalami situasi yang sama apabila harga yang dimakan untuk dua orang hampir RM2,000.
Hari itu aku makan dua orang bil sampai RM1700. Aku bayar saja lepas keluar terus menyumpah tidak akan aku makan sana lagi kalau makan kat south sea subang siap dapat Alaskan crab dengan harga itu. Ini lobster je! Choi choi.
Dalam pada itu, kata Mike lagi, peniaga berhak untuk meletakkan harga jualan mereka.
Sempat menyelit, Mike berseloroh ingin menjual claypot chiken rice yang dimasaknya dengan harga ratusan ringgit.
Makanan dah jadi tahi pun takkan tak nak bayar buat bising pun tak guna. Sebagai penjual memang boleh letak berapa harga dia nak!.
Siapa nak beli claypot chicken rice I masak? Satu portion RM259.99.
Terdahulu, tular sepasang selebriti mendakwa makanan yang dimakannya di sebuah restoran terlalu mahal sehingga mencecah RM1000. Kemudian, peniaga restoran tampil bersuara.
Sumber: Michael Ang