berita

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”

February 4th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

maa

Setelah sekian lama mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung lagu ‘Apa Khabar’ yang dikatakan ditujukan khas buatnya, Malique akhirnya buka mulut.

Menerusi laman web rasmi syarikat rakaman Qarma Musiq, Malique tampil menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah terlibat dengan lagu ‘Apa Khabar’.

Bukan itu sahaja, Malique turut sempat memberikan beberapa pesanan.

Ucap Tahniah Buat Joe Flizzow

Anugerah Juara Lagu 29 / AJL

Kejayaan Joe Flizzow memenangi AJL baru-baru ini turut mendapat perhatian Malique. Menerusi kenyataannya, Malique bangga dan mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow. Malique bagaimanapun menafikan dirinya terlibat secara langsung atau tidak dengan lagu Apa Khabar.

ST1

Pada masa sama, impian peminat untuk menyaksikan kembali kelibat Malique bergandingan dengan Joe Flizzow menerusi Too Phat takkan menjadi kenyataan.

Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”

faker

Sebelum ini ramai pihak mendakwa Malique mempunyai akaun twitter. Namun hakikatnya Malique tiada sebarang akaun di media sosial. Tweet ‘Khabar baik, bro” yang telah mendapat lebih 5 ribu perkongsian itu rupanya bukan dari Malique sendiri. Fake account la kot.

ST2

Rasanya penjelasan terbaru daripada Malique ini pastinya menjawab persoalan yang selama ini bermain di fikiran peminatnya.

Harapan kami agar Malique terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Hilang di mata, tapi di hati tidak. Berikut merupakan kenyataan penuh Malique.

maliq

SKIP THIS AD ×