
Perkongsian pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got Not Chill di platform Threads mengenai hasratnya untuk berhenti menghisap vape telah menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mamat Got No Chill & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama, Netizen Sebak Tengok
Artikel Berkaitan: [VIDEO] TikTokers Mamat Got No Chill Dah Nikah! Serahkan Mas Kahwin Bernilai RM1212.12
Sedang mencuba

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Firdaus Mat Nahar, 28, meminta pandangan daripada pakar bagi mendapatkan nasihat yang tepat untuk berhenti menghisap vape.
Saya sudah cuba kurangkan vape dalam masa beberapa hari ini tetapi nafas saya jadi pendek dan perut saya macam sakit.
Menurut Mamat, alasan untuk menggantikan rokok dengan vape sebagai altrenatif yang lebih baik adalah tidak tepat.
Katanya, ketagihan terhadap vape adalah lebih teruk berbanding rokok.
Hisap vape sebab nak berhenti merokok tu sangat tidak boleh diguna pakai.
Ketagihan terhadap vape itu lebih teruk daripada rokok (bagi saya). Sekarang saya sedang berusaha untuk berhenti daripada vape.
Buat check up

Sementara itu, salah seorang netizen yang dipercayai seorang doktor menyatakan Mamat mengalami simptom pengunduran (withdrawal) dan memerlukan terapi penggantian nikotin.
Individu itu turut mencadangkan agar Mamat mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan bagi menerima rawatan lanjut.








