berita

Manusia Ini Cuba Cabar Keimanan Saya – Almy Nadia Sentap Dengan Siapa?

August 19th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

almyohbulan

Minggu lalu kecoh di media sosial apabila pelakon Farah Mendoza bertindak memuatnaik foto perbualannya dengan Fizz Fairuz di Wechat.

Rentetan pendedahan tersebut timbul pelbagai spekulasi memandangkan Fizz Fairuz telah pun mendirikan rumah tangga. Almy Nadia bagaimanapun dilihat tenang menghadapi kontroversi berkenaan.

Namun pagi tadi Almy bertindak memuatnaik sebuah foto beserta kapsyen yang penuh persoalan sebelum ianya dipadam beberapa minit kemudian.

Ramai mencabar keimanan saya

OHBULANALMYY

Menerusi kapsyen terbabit Almy Nadia meminta pendapat followers tentang sikap segelintir pihak yang cuba mencabar keimanannya.

Dakwanya lagi, bagi mendapatkan apa yang diingini, ramai yang sanggup menggunakan jalan kotor

Netizen beri sokongan buat Almy Nadia

ohalmy

Almy Nadia bagaimanapun bertindak memadam post terbabit setelah beberapa minit ia dimuatnaik. Rata-rata peminatnya sempat memberikan beberapa pesanan buat Almy agar terus tabah menempuhi segala halangan.

Apa-apa pun moga rumahtangga Almy Nadia dan suami sentiasa dilindungi dan berkekalaan hingga akhir hayat, amin.

SKIP THIS AD ×