Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam.
Artikel Berkaitan: VIDEO] Marissa Dania Cantik Jadi Model, Netizen Ungkit Kontroversi ‘Sondol’ – ‘Bukti Beauty Privilege Is Real’
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Artikel Berkaitan: Kau Menang, Adik Aku Dah Langgar Taklik’ – Kakak Mangsa Dakwa Anak Pasangan Selebriti Pernah Bersumpah Enggan Jadi Penyondol Lagi
Nikah senyap-senyap?
Memetik laporan Harian Metro, pasangan tersebut didakwa telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Menurut sumber, Marissa dan lelaki tersebut mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga gadis itu dan juga isteri pertama Aslam.
Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan.
Dalam pada itu, sumber juga mendakwa bahawa ikatan mereka kembali terjalin selepas Aslam dan Misya rujuk semula dan kontroversi hubungan mereka reda.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan Norman dan Abby tidak berjaya.
Sumber: Harian Metro