Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila berita kematian bapa angkatnya seakan dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan Suhaimi Saad atau lebih dikenali dengan nama Mosus.
Wanita yang dikenali dengan nama Nur Farina Abdullah menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi screenshot komen yang ditinggalkan penyanyi nasyid itu mengenai kematian bapa angkatnya, Allahyarham Zulkefli Nordin.
‘Persenda’ kematian orang lain
Difahamkan, pada 13 Jun lalu, Allahyarham ada memuat naik satu status di Facebook menceritakan pengalaman dan kesan sampingan yang dialaminya selepas mengambil vaksin jenis Astrazeneca. Menurut Allahyarham, dia mengalami mengantuk selain selera makan bertambah selepas menerima vaksin.
Namun, siapa sangka, Allah SWT lebih menyayanginya. Pada 10 Julai lalu, Allahyarham telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19. Meskipun begitu, sebaliknya pula yang terjadi apabila seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan Suhaimi Saad memberi respon seakan ‘bersyukur’ dengan pemergian Allahyarham.
Dia dah mati, Alhamdulillah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar secara hutang lagi berat.
‘Masih basah lagi kubur abah kami’
Susulan daripada komen yang ditinggalkan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu, anak angkat Allahyarham iaitu Nur Farina Abdullah terpanggil untuk ‘menegur’ tindakan Suhaimi Saad yang disifatkan kurang sensitif.
Allahuakhbar. Air mata kami anak-anak dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil abah tapi sedih, kecewa dan geram dengan macam² cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami. Kami simpan segala bukti dan tunggu kami bertenang untuk berfikir secara waras.
Bukan itu sahaja, seorang lagi wanita iaitu Ain T-ant yang dipercayai merupakan anak Allahyarham telah tampil memberi respon berhubung perkara tersebut. Ain mendakwa Suhaimi Saad seakan tidak menghormati kematian seseorang selain tidak menghormati keadaan mereka sekeluarga masih berduka dengan pemergian Allahyarham.
Dah ambl tindakan undang-undang
Sementara itu, di Twitter, seorang wanita yang juga dipercayai merupakan anak Allahyarham memaklumkan bahawa dia dan keluarga telah membuat laporan polis terhadap individu yang menganggu mereka sekeluarga. Difahamkan juga, Suhaimi Saad telah memohon maaf atas tindakannya itu selain berharap agar isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.
Komen Suhaimi Saad
‘Arwah bebas dari kuman Covid-19’
Sumber: Nur Farina Abdullah, Twitter,Ain T-ant