berita

Masih Belum Ada Tarikh Tepat, Haqiem Rusli Bakal Nikah Hujung Tahun Ini?

May 30th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi terkenal Haqiem Rusli membuat kejutan apabila telah mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan bakal isterinya pada hujung tahun ini. Berita gembira itu dikongsinya menerusi Instagram Live pada jam 2.00 pagi tadi. Tambahnya, dia tidak mahu menyembunyikan perkara baik pada pengetahuan peminatnya.

Belum ada tarikh

Menerusi perkongsian dari IG Live penyanyi Mimpi ini mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga, namun, tarikh pernikahan itu belum dibincangkan antara kedua pihak. Tambah Haqiem lagi, dia sudah pun menghadiri kursus perkahwinan pada tahun lepas.

Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan. Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu.

Biarlah saya umum sendiri

Haqiem bagaimanapun enggan mengumumkan identiti bakal pasangannya itu dan akan memaklumkan sendiri buat umum terutamanya peminat. Dia juga bersyukur apabila berita tersebut ‘direstui’ oleh peminat dan mendapat sokongan.

Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti. Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak.

Saya tak berfikir sampai ke tahap nama dan populariti boleh merudum apabila mengumumkan bakal kahwin. Saya reda dengan apa sahaja kemungkinan yang datang. Janji peminat terbuka dan merestui keputusan besar, itupun sudah membuatkan saya bersyukur.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×