Mama (panggilan Janna kepada Sheila) dah maafkan Janna. Tidak mengapalah, manusia akan membuat kesilapan dan kadang-kala kita akan berada di satu fasa kita lupa di mana kita bermula.

Dia masih muda dan perjalanan karier masih jauh lagi. Apa yang dia buat pada saya dan keluarga boleh dijadikan iktibar. Jadilah seorang artis yang membanggakan pengikut.

‘Saya masih belum boleh hadam..’

Walaupun sudah memaafkan, Sheila Rusly turut menegaskan bahawa dirinya masih belum menghadam apa yang telah Janna Nick lakukan kepada dirinya dan keluarga.

Saya rasa dia dah tahu salah dia, dan dia pun rasa menyesal atas perbuatannya. Saya terima mesej dan permohonan maaf Janna. Sebagai manusia, kita harus memaafkan mereka yang ikhlas untuk memohon maaf.

Saya sayang dia sebenarnya. Jika saya tidak sayangkannya, dia tidak akan berada di mana dia berada sekarang. Cuma, saya masih belum boleh hadam apa yang dia buat. Terlalu peribadi untuk saya kongsi.

Terdahulu, dunia hiburan kecoh apabila hubungan baik yang dibina oleh Shiela Rusly bersama Janna Nick dilaporkan telah renggang.

Sumber: Kosmo