berita

Masih Bergantung Dengan Ubat, Kesihatan Mental Scha Elinnea Semakin Pulih

May 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah disahkan menghidap skizofrenia dan insomnia teruk pada bulan November tahun lalu, pelakon, Scha Elinnea memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik.

Artikel berkaitan: Netizen Suruh Kahwin Sebab Tidur Kena Berteman, Scha Ellinea Tak Sedia Lagi – ‘Nak Fokus Bina Nama & Balas Jasa Keluarga’

Artikel Berkaitan: Hidap Penyakit Skizofrenia & Insomnia, Scha Ellinea Tak Boleh Tidur Seorang Diri – ‘Saya Sentiasa Memerlukan Teman’

Masih ambil ubat

Menerusi laporan Harian Metro, Scha memberitahu dia masih berada dalam keadaan terkawal dan masih bergantung dengan pengambilan ubat-ubatan.

Tahap kesihatan mental saya sekarang dalam keadaan baik walaupun masih bergantung dengan ubat-ubatan. Malah, saya juga sudah tidak perlu berjumpa pakar psikiatri setiap minggu sebagaimana sebelum ini. Saya bersyukur dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik sekarang. Apatah lagi, sesi rawatan dengan pakar masih dilakukan dan yang pasti, Alhamdulillah semuanya dalam keadaan terkawal.

Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen mendedahkan dia berhadapan masalah gangguan mental yang berpunca disebabkan kemurungan teruk dialaminya. Tambah Scha, sudah lama sebenarnya dia berdepan masalah tersebut. Lebih teruk, ia terjadi semasa penularan Covid-19. Ini kerana, pada waktu tersebut dia berfikir mengenai perkara yang bukan-bukan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×