Selebriti dan usahawan, Fizo Omar berdepan masalah bankrap pada tahun 2018 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersyukur Allah Mengajar Saya’ – Bankrap RM8 Juta, Gagal Rumah Tangga, Fizo Sebak Cerita Kisah Hidup
Tahun kesembilan
Menurut Fizo, meskipun sudah memasuki tahun kesembilan namun dia masih diisytihar muflis dengan jumlah yang sama iaitu 8 juta.
Saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. Dah masuk tahun kesembilan saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut
Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya.
Namun, aktor berumur 37 tahun bersyukur kerana dugaan itu tidak menutup pintu rezekinya untuk menyara keluarga, perjalanan kerjaya dan bisnes yang sedang dijalankan.
Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.
Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar juga menyifatkan ini juga ‘peluang’ untuk dirinya keluar dari zon selesa dan berusaha membina perniagaan demi kehidupan lebih baik.
Sumber: Instagram