berita

Masterchef Selebriti Malaysia : Dato’ Fazley Yaakob Juara, Kalahkan Angah Raja Lawak

July 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pertama kali diadakan di Malaysia, rancangan Masterchef Selebriti Malaysia benar-benar telah memukau minat ramai penonton sehingga penyingkiran Azwan Ali pada episod sebelumnya telah mengundang banyak persoalan.

Namun itu semua tidak menjadi halangan buat Dato’ Fazley Yaakob untuk merangkul juara keseluruhan Masterchef Selebriti Malaysia mengalahkan pesaingnya, Angah Raja Lawak. Setelah berminggu-minggu bertarung, pusingan akhir semalam telah menobatkan Dato’ Fazley yang juga seorang perunding motivasi dan penyanyi ini sebagai pemenang sekaligus merangkul hadiah berjumlah RM57,500.

Hadiah kemenangan Dato’ Fazley Yaakob ini akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Dato’ Fazley kerana berjaya menghiburkan para peminat dan dinobatkan sebagai juara Masterchef Selebriti Malaysia!

Sumber : Beautiful Nara

SKIP THIS AD ×