berita

Video : Mat Luthfi Bukan Admin Amran Fans

November 28th, 2014 | by Wan
Video Popular

merrr

Sebut saja nama Amran pasti ramai terbayang akan kerjaya Oil & Gas beliau yang cukup disegani masyarakat. Bagaikan satu fenomena, Amran turut diminati beberapa orang selebriti tanah air termasuklah dikaitkan dengan Hanis Zalikha.

Artikel Berkaitan: Koleksi Foto Hanis Zalikha & Amran Fans

Namun sekitar September yang lalu, vlogger terkenal, Mat Luthfi didakwa telah ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai individu yang bertanggungjawab mengendalikan laman fitnah termasuk page ‘Amran Fans’.

lutt

Setelah sekian lama menyepi dengan kontroversi tersebut akhirnya Mat Luthfi tampil dengan sebuah video yang menghiburkan bagi menjelaskan keadaan. Walaupun baru sahaja sehari di upload ke laman Youtube miliknya, video yang berdurasi selama 5.35 minit itu telah mencecah hampir 47 ribu viewers!

Sarat dengan sketsa komedi yang pasti tak kering gusi, Mat Luthfi menceritakan betapa sengsara kehidupan dirinya selepas dituduh sebagai Amran. Keadaan bertambah kritikal apabila Mat Luthfi turut dipulaukan oleh housematenya. Nampak tak betapa tertekannya hidup Mat Luthfi?

buku mat

Kepada peminat tegar Mat Luthfi, jangan lupa dapatkan buku terbarunya Catatan Mat Luthfi yang boleh dibeli secara online melalui BookCafe.com.my. RM20 je, murah kan?

Bagi yang belum berpeluang untuk menonton video Kecelaruan Mat Lu Mat, nah dibawah kami sertakan video terbaru Mat Luthfi untuk tayangan anda. Ingat, Mat Luthfi is Mat Luthfi, Amran is Amran!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×