Pasangan selebriti popular tanah air, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari baru-baru ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua. Difahamkan kandungan sudah menjangkau empat bulan.
Artikel berkaitan : Awal Umum Scha Hamil 4 Bulan, Lara Alana Bakal Jadi Kakak!
Terbaru menerusi Harian Metro, Awal dedah perangai aneh Scha ketika ini apabila tidak sukakan bunyi bising sehinggakan ketika menonton TV dia akan matikan suara.
Rimas bunyi bising
Yang menjadi kejutan buat saya adalah dia benar-benar tidak sukakan bunyi bising sehingga menonton TV pun dia akan matikan suara. Kalau drama atau filem yang disediakan sarikata, tak jadi masalah. Tapi apabila yang tidak ada sarikata, saya sendiri pun hairan melihat kerenahnya.
Menurut Awal, ketika mengandungkan Lara Alana, Scha memang tidak suka pegang telefon bimbit dan tidak aktif di media sosialnya dan itu tidak mengejutkan dia apabila perkara sama berulang sekarang.
Tetapi apa yang membuatkan Awal lebih terkejut apabila Scha langsung tidak sukakan bunyi bising sehingga membuatkan mereka hanya menonton drama atau filem berpandukan sarikata.
Terpaksa aktifkan mood senyap
Tambah Awal lagi, Scha pernah menyatakan hasrat ingin menutup akaun media sosialnya tetapi Awal tidak membenarkannya dan selama tiga bulan lepas Awal yang menjaga akaun Instagram Scha bagi urusan kerja yang memerlukan perkongsian di akaun Scha sendiri. Awal juga menyatakan dia terpaksa mengaktifkan mood senyap di telefon bimbitnya sendiri kerana Scha mudah terganggu.
Lara mula cemburu
Pada peringkat awal, dia seronok. Dalam dua ke tiga minggu ini, dia cepat merengek dan nampaknya, seperti inginkan perhatian. Dia bertanya kepada saya, kenapa bila dia bercakap dengan ibunya, tapi ibunya tak layan. Saya jelaskan kepadanya mengenai bayi dalam kandungan Scha dan dia mula faham. Tapi, pada masa sama, dia banyak bertanya, selepas ibunya bersalin adiknya akan tinggal dengan siapa dan siapa akan teman dia tidur.
Anak sulung pasangan ini, Lara Alana pula sudah mula menunjukkan sikap cemburunya dengan kehadiran adiknya itu. Awal berkata Lara merasakan seperti dipinggirkan oleh ibunya sendiri. Lara yang mengadu tidak dilayan ketika bercakap ibunya difahamkan sudah banyak kali bertanya mengenai adiknya itu.
Awal juga terpaksa mereka cerita mengenai bayi dalam kandungan bagi membuatkan Lara merasakan bahawa dia masih mendapat perhatian dan adiknya itu baik dan sayangkannya. Menurut Awal, selain perangai, Scha juga mengalami perubahan dari segi selera makan apabila menolak makanan kegemaran dan jika kempunan dia hanya akan pesan secara atas talian.
Sumber : Harian Metro