Dah nak hujung tahun ni, korang dah bersedia untuk meneroka dunia sekali lagi? Min dah plan awal-awal nak travel mana tahun ni. Lagipun, pergi bercuti ni memang boleh hilangkan stres.
Sebelum tu korang dah plan nak pergi bercuti mana tahun ni tak? Dengan siapa? Haa…alang-alang nak plan dan tempah tiket penerbangan tu, apa kata korang tengok dulu apa yang min nak tunjuk kan ni. Confirm korang terkejut punya!
Jom tengok apa yang menarik!
Matta Fair Malaysia Airlines 2022 kembali lagi dengan promosi luar biasa!
Tak sabarnya nak naik flight. Korang tahu yang, MATTA Fair Malaysia Airlines 2022 dah kembali lagi. Biar betul!
Siapa yang kaki travel tu mesti dah lama nantikan saat ni kan? Macam yang kita tahu MATTA Fair kalau buat promosi memang ramai yang akan berpuas hati tau, ialah percutian lebih jimat dari biasa.
Tapi kali ni punya lagi hebat, mereka telah menawarkan promosi penerbangan yang kaw kaw khas untuk korang. Mantap!
Sebelum tu min nak bagitahu yang tawaran ni bermula dari sekarang sehingga 11 September 2022, manakala tempoh penerbangan korang bermula dari sekarang hingga 12 April 2023. Jangan miss kan peluang ni tau!
Diskaun tiket penerbangan sehingga 45%!
Ohmaigadd! Ada diskaun tiket penerbangan la. Istimewa sempena MATTA Fair Malaysia Airlines 2022 kali ini, mereka menawarkan tiket penerbangan domestik & antarabangsa dengan diskaun hebat sehingga 45% untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Memang berbaloi sangat kan?
Jom min kongsikan ke mana sahaja yang korang boleh travel, baik domestik mahupun destinasi antarabangsa pilihan seperti :
- Semua destinasi domestik
- Singapura
- Medan, Jakarta
- Surabaya
- Bali
- Yangon
- Hanoi
- Bandar Ho Chi Minh
- Phnom Penh
- Manila
- Bangkok
- Phuket
- Kochi
- Bengaluru
- Hyderabad
- Chennai
- Mumbai
- Delhi
- Dhaka
- Colombo
- Kathmandu
- Seoul
- Hong Kong
- Auckland
- Adelaide
- Brisbane
- Perth
- Melbourne
- Sydney
- London
Mesti korang dah excited kan?
Sertai peraduan dan berpeluang upgrade penerbangan ke Business Class sekarang!
Yang lagi best, ada peraduan menarik untuk korang join sempena MATTA Fair Malaysia Airlines 2022. Wow!
Korang nak travel dengan penuh style tak? Haa…kalau nak, apa kata korang join peraduan yang mereka anjurkan ni dan korang boleh upgrade penerbangan ke Business Class secara percuma je khas untuk penumpang kelas ekonomi!
Ni yang lagi tak sabar nak join kan? Bukan setakat tu je, semua ahli Enrich juga bakal dapat 10% mata ganjaran.
Apa! tak cukup lagi? Jangan risau sebab ada lagi tawaran istimewa untuk korang antaranya :
- Diskaun 25% pemilihan tempat duduk khas untuk kelas ekonomi sahaja
- Diskaun 25% untuk bagasi tambahan khas untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan
- Potongan 25% nilai bundle khas untuk kelas ekonomi sahaja (Tempat duduk standard dan 10Kg bagasi tambahan)
- Diskaun 25% untuk akses Golden Lounge untuk kelas ekonomi sahaja
- Diskaun 25% Premium bundle khas untuk kelas ekonomi sahaja (Extra Legroom Seat dan Akses Golden Lounge)
- Diskaun 25% untuk insurans perjalanan MHinsure melalui kod promo “MATTA2022”
- Diskaun 10% untuk pas pelbagai tarikan untuk destinasi London, Bangkok dan Singapura sahaja
Nikmat apa yang didustakan ini, betul-betul lain macam lah!
Diskaun sehingga 40% untuk pakej percutian bersama MHholidays!
Korang tengah cari pakej percutian yang lebih jimat dan menarik? Ni min kongsikan cara korang untuk dapatkan pakej percutian bersama MHholidays. Selain puas hati, korang boleh nikmati diskaun sehingga 40%.
Korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut tau.
Dengan MHholidays ni, korang boleh jimat macam-macam tau seperti :
- Elaun bagasi sebanyak 35kg
- Makanan percuma di atas kapal terbang
- Pemilihan tempat duduk percuma
- Dapat mata ganjaran Enrich untuk setiap penerbangan
Mesti korang dah pening nak plan bercuti mana kan? Yelah banyak sangat promosi hebat sampai kita susah nak buat pilihan.
Berikut merupakan destinasi domestik dan antarabangsa yang korang boleh plan untuk pergi :
Destinasi Domestik
1. Pakej 3 Hari dan 2 Malam Seorang
- Langkawi bermula dari RM369
- Kuching bermula dari RM439
- Kota Kinabalu bermula dari RM549
Destinasi Antarabangsa
1. Pakej 4 Hari dan 3 Malam Seorang
- Phuket, Thailand bermula dari RM1,029
- Bangkok, Thailand bermula dari RM1,069
- Bali, Indonesia bermula dari RM1,489
2. Pakej 6 Hari dan 5 Malam Seorang
- Melbourne, Australia bermula dari RM3,509
3. Pakej 7 Hari 6 Malam Seorang
- London, UK bermula dari RM3,969
Masih tak tahu lagi nak pergi mana cuti ni? Jangan risau ni min kongsikan beberapa cadangan untuk korang plan tempat percutian korang antaranya:
1. Sandakan, Sabah
Sandakan di Sabah merupakan antara tempat pelancongan yang sangat popular di kalangan mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi & hidupan hutan di Borneo.
Tumpuan utama tempat-tempat menarik di Sandakan ini lebih tertumpu kepada destinasi yang berbentuk seperti pulau & juga taman haiwan yang menempatkan spesies binatang yang sinonim dengan kepulauan borneo.
Untuk korang yang sukakan percutian yang adventure tu sangat disyorkan untuk datang ke sini tau.
2. Bangkok, Thailand
Ada tak yang sedang merancang untuk melancong di tempat yang tak jauh sangat tapi best? Apa kata try melancong di Bangkok, Thailand. Senang cerita Bangkok boleh disebut sebagai destinasi yang unik dan sesuai untuk semua jenis pelancong dan bajet. Nak travel secara berkumpulan, solo semuanya boleh.
Kita semua tahu yang, Thailand memang terkenal dengan makanan yang enak terutama pencuci mulut yang dihasilkan sekali cuba pasti nak lagi.
Korang juga boleh lawati banyak tempat yang menarik seperti Wat Pho atau dikenali sebagai Temple of Reclining Buddha. Kalau nak tahu, dekat sinilah tempat dikatakan asalnya teknik urutan Thai yang selalu disebut-sebut tu.
Selain itu, salah satu tarikan disini adalah patung Buddha yang berbaring, 46 meter saiznya. Besar kan!
3. Melbourne, Australia
Sebut sahaja Australia, apa yang korang bayangkan? Pantai? Kanggaru? Beruang koala?
Australia merupakan pulau yang terbesar terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dan akan menyajikan pelbagai tarikan alam semulajadi yang sangat epik!
Australia memang terkenal dengan pantai yang memukau dan terbentang luas. Percutian yang sempurna buat setiap pelancong, dari keluarga, pasangan mahupun bersama rakan-rakan.
Selain itu, aktiviti lain yang harus dilakukan di pelbagai lokasi indah di Australia adalah berjalan-jalan atau bersantai menikmati kehijauan alam semula jadi.
4. New Delhi, India
Perhatian! Untuk kaki Bollywood tu, mesti korang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke India untuk merasa sendiri suasana yang sering korang tonton dalam filem Bollywood kan?. Mana tahu, kalau bernasib baik, mungkin korang dapat melihat kelibat artis bollywood pujaan korang.
Bagi korang yang suka jalan-jalan cari makan, India memang merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk korang tau. Di India terdapat banyak restoran muslim yang sedap.
Jadi, korang takkan mempunyai masalah untuk mencari makanan di sana. Bolehlah merasa makanan india yang original di sini. Di antara lokasi pelancongan di India yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah Kashmir, Agra, Jaipur, dan New Delhi.
Jika korang menjejakkan kaki ke India, wajib lawati Taj Mahal terletak di tebing Sungai Yamuna yang terletak di Agra. Sebenarnya banyak lagi tempat yang best korang boleh explore kat India ni tau.
Ini yang lagi buatkan korang tak sabar nak bercuti kan? Haaa…baru betul Perfect Vacation dengan Malaysia Airlines!
Promosi ini berlangsung dari sekarang hingga 11 September 2022, manakala tempoh penerbangan korang bermula dari sekarang hingga 12 April 2023.
Terus rambang mata untuk promosi kali ni. Jadi rancang lah percutian korang dengan sebaiknya. Bukan setakat tambang murah jer, Malaysia Airlines juga sentiasa mematuhi segala standard operating procedure (SOP) agar korang dapat melancong dengan selamat.
Barulah yakin nak terbang bersama Malaysia Airlines kan. Malaysia Airlines sentiasa menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk setiap penumpang mereka.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web MATTA Fair Malaysia Airlines 2022.