‘Malang tidak berbau’, begitulah nasib yang menimpa bakal pengantin ini apabila Amir Izzat Mahfar menemui ajal akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke butik pengantin. Berita menyentuh hati ini dikongsi tunangnya, Husna Haron menerusi akaun Facebook agar semua kenalan dan keluarga sedekahkan Al-Fatihah buat pemergian arwah Amir Izzat itu.
Lebih menyedihkan lagi apabila semua tempahan persiapan di majlis perkahwinan dan kad walimatulurus sudahpun diedarkan kepada kenalan rapat.
Perjalanan ke fitting baju
Husna Haron tunang kepada mangsa memuatnaik status di IG Story memohon agar kenalan yang mengenali mereka berdua sedekahkan Al-Fatihah. Difahamkan tragedi itu terjadi semasa mangsa di dalam perjalanan untuk ke butik bagi sesi fitting baju pengantin.
Kad perkahwinan sudah diedarkan
Lebih menyedihkan lagi apabila kad undangan ke majlis perkahwinan pada 26 Oktober ini sudah pun diedarkan kepada keluarga rapat dan kenalan.
Kemalangan di selekoh jalan
Kemalangan itu berlaku semasa mangsa membonceng motosikal berselisihan dengan sebuah kereta di selekoh berhampiran Politeknik Mersing, Johor.
Al-Fatihah
Sumber: Husna Haron, Viral oh Viral