Tiada angin tiada ribut, aktres dan usahawan Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob didakwa bakal bercerai hari ini.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Belanja Gambar ‘Selfie’, Lawa Berambut Pendek
Tak masuk campur
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebagai abang memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan Raf dan Mawar bakal bercerai.
Ketika dihubungi, Fazley memilih untuk memberi ruang dan menghormati rumah tangga Raf dan Mawar buat masa sekarang.
Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat Raf dan Mawar.
Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini.
Bagaimanapun, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak Mawar dan Raf tidak berjaya.
Terdahulu, Mawar Rashid, 28, dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.