berita

Maxis Lancar Pelan Baru Jimat Duit, #Hotlink

September 27th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Maxis Prepaid Launch-15

Maxis Berhad kini telah melancarkan pelan prabayar pertama dikenali sebagai #Hotlink yang berfungsi untuk terus menghubungkan pelanggannya dengan dunia luar tanpa sebarang kekangan.

Bagaimana ia berfungsi? Untuk makluman anda, pelan terbaru ini menawarkan internet asas percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa caj setiap kali penggunaan.

Pelanggan hanya perlu membeli dan mengaktifkan pelan #Hotlink yang ditawarkan bersama pra-muat kredit, dan mereka berpeluang menggunakan perkhidmatan itu secara serta-merta.

Maxis Prepaid Launch-18

Namun bagi yang mahukan pengalaman melayari kesemua rangkaian data terbaik di negara, anda boleh memilki internet kelajuan tinggi dengan hanya RM1 sehari ataupun RM30 sebulan untuk data sebanyak 1GB.

Menurut Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan, akses kepada internet mudah alih kini adalah satu keperluan penting.

Dalam persekitaran internet mudah alih hari ini, sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Dengan #hotlink, pada asasnya kami menawarkan satu pengalaman di mana pelanggan sentiasa terhubung.

Maxis Prepaid Launch-11

Untuk pengetahuan anda, #Hotlink juga membolehkan pelanggannya membuat panggilan atau SMS pada satu kadar rata rendak ke semua rangkaian.

Pelan baru #Hotink kini boleh didapati dengan harga RM8.80 di Pusat Maxis atau kedai Hotlink berdekatan.

Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf ke pelan baru #Hotlink perlu mendail *108*25# dari telefon mudah alih mereka. Anda juga boleh layari laman web Hotlink untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan terbaru ini.

SKIP THIS AD ×