Sekadar gambar hiasan
Di perkampungan Chiang Mai, Thailand mayat seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan dijumpai di dalam peti sejuk beku selepas didakwa disembunyikan lebih setahun oleh bapanya sendiri.
Mayat bayi dijumpai dalam peti sejuk
Ujar Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai menerusi laporan Bangkok Post, mayat bayi tidak berdosa itu dibalut dengan tuala kuning dan dijumpai oleh pekerja yang diupah bagi mengubah suai sebuah rumah di Wa Ket di daerah Muang.
Ujarnya lagi, bayi tersebut dipercayai meninggal dunia selepas dilahirkan adalah milik pasangan kekasih yang sebelum ini tinggal di rumah berkenaan. Bayi tersebut dikatakan tidak dapat dikebumikan berikutan ibunya dipercayai telah ditangkap atas tuduhan mencuri.
Bercerita lebih lanjut sebelum ibu kepada bayi tersebut, Uew, 24, dihantar ke penjara pemilik asal rumah berkenaan telah berpindah semula ke rumahnya dan alangkah terkejutnya apabila pekerja buruh yang diupah menjumpai mayat bayi yang dibungkus serta diletakkan bersama mainannya.
Setibanya pihak polis dan pasukan penyelamat ke rumah berkenaan mendapati mayat bayi tersebut telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Sumber: Bangkok Post