berita

Mayat Bayi Perempuan Membengkak, Membusuk Ditemukan Di Sawah

November 24th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Mayat bayi perempuan yang telah membengkak dan membusuk ditemukan di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri, semalam.

Artikel berkaitan: Mayat Bayi Ditemukan Dalam Beg, Ditinggalkan Di Tepi Pagar

Artikel berkaitan: Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik, Rakaman CCTV Bongkar Tindakan ‘Pelaku’

Ditemui di batas sawah

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut Superintenden Mazuki Mat, Ketua Polis Daerah Kerian, mayat bayi perempuan yang dianggarkan berusia sembilan bulan tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berbaju oleh seorang pesawah lelaki dan juga merupakan pemilik tanah tersebut.

Ujarnya lagi, pihak polis mendapati organ dalaman mayat bayi tersebut telah pun hancur serta tidak menemukan sebarang dokumen mahupun kain balutan di lokasi kejadian.

Setakat ini punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut

Tambahnya lagi, pemilik tanah berkenaan mengatakan bahawa dia tidak melihat mayat bayi tersebut ketika melalui kawasan berkenaan sekitar jam 4.30 petang bagi menjalankan kerja-kerja membaja.

Susulan daripada itu, mayat bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi tujuan bedah siasat dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi serta membuang mayat.

Sumber: Astro Awani

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×