Foto: Tribun News
Mayat seorang gadis berpakaian seragam pengakap ditemui di dalam sungai dengan tubuhnya diikat dengan batu didakwa telah dibunuh dan ditenggelamkan.
Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian
Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah
Mangsa bukan seorang pelajar
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai di Pemelang, Jawa Tengah, Indonesia pada Selasa.
Difahamkan kakak mangsa, Kusmiyati sebelum ini mencari adiknya yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu dengan bertanya kepada rakan-rakan namun usahanya gagal.
Dia kemudian menerima panggilan telefon daripada pihak polis untuk menghadirkan diri ke hospital bagi proses pengecaman mayat.
Pada mulanya kami tidak percaya kerana mayat itu memakai pakaian seragam pengakap. Adik saya tidak bersekolah.
Bagaimanapun, setelah melihat ciri-ciri fizikal mayat, dia percaya bahawa mangsa adalah adiknya.
Tapi saya lihat tangan, kaki, kuku, jari dan beberapa ciri lain, akhirnya saya yakin itu adik saya.
Identiti mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Rika Indriyeni yang merupakan seorang pekerja restoran makanan Padang dan bukanlah seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti pengakap.
Susulan itu, polis mengesyaki suspek telah membunuh Rika dan menukar pakaian mangsa untuk menyembunyikan bukti.
Dalam pada itu, suspek juga didakwa mengikat gadis berusia 20 tahun tersebut dengan batu dipercayai untuk meneggelamkan mayat mangsa.
Sumber: Tribun News, Radar Semarang