berita

Mayat Wanita Dengan Kesan Terbakar Seluruh Badan Ditemui Di Padang Bola

August 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita tempatan ditemui mati di padang bola Taman Bidara Selayang, Selangor. Lebih mengejutkan apabila mendapati seluruh badan mangsa dipenuhi dengan kesan terbakar.

Artikel Berkaitan: Ketua Jururawat Dibunuh Dengan Kejam, Warga Nigeria Dihukum Gantung Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Ditemukan Dalam Beg, Ditinggalkan Di Tepi Pagar

Mayat wanita dengan kesan terbakar

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, hasil daripada pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa yang berusia 32 tahun itu pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 1 pagi (5 Ogos 2021).

Sejurus tiba, mangsa keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke arah padang bola bersama satu objek menyerupai tong plastik.

Menurut sumber, pihak polis juga menemui beberapa barangan peribadi termasuk barang kemas milik mangsa. Jelas Asisten Komisioner Zainal Mohamed, hasil siasatan mendapati kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah. Namun siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×