berita

Media Prima Digital Wakil Malaysia Ke Inisiatif Berita Google (IBG)

May 5th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Media Prima Digital (MPD) dipilih sebagai salah satu dari 18 organisasi dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) dari 255 penyertaan seluruh Asia Pasifik dan merupakan satu-satunya syarikat yang mewakili Malaysia di rantau ini. Portal permainan dan esukan MPD, MyGameOn telah dipilih untuk mengemukakan idea dan dengan sokongan IBG,  berusaha untuk menampilkan cadangan isi kandungan bagi meningkatkan penggunaan kandungan dari komuniti pemain melalui penyesuaian.

Kerjasama dengan industri berita

Inisiatif Berita Google (IBG) adalah usaha global Google untuk bekerjasama dengan industri berita bagi membantu mengembangkan kewartawanan dalam era digital. Melalui kutipan dana serantau, Cabaran Inovasi IBG akan memperkasakan pemangkin berita dari seluruh dunia bagi menunjukkan pemikiran baharu dalam kewartawanan dalam talian dan pengembangan model perniagaan penerbitan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berbesar hati mendapat kepercayaan dan sokongan Google. 

Kami sangat berbesar hati kerana terpilih untuk sebuah inisiatif yang mempercayai pemerkasaan pemangkin berita, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Kami percaya ini adalah selari dengan komitmen kami untuk menjadi syarikat media digital pertama yang terkemuka dan dengan sokongan dan kepercayaan Google, kami akan terus berusaha membentuk industri berita. 

Sokongan Google suntik semangat

Sementara itu Ketua Penerbitan & Berita, APAC, Google, Fazal Ashfaq berkata Media Prima Digital menunjukkan penyelesaian  bagi Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google Asia Pasifik iaitu mencari cara kreatif bagi bilik berita di seluruh rantau dapat meningkatkan interaksi pembaca.. 

Selain dari MyGameOn, Media Prima Digital juga telah mengambil alih operasi IGN Asia Tenggara baru-baru ini untuk mengembangkan lagi portfolio permainan dan esukan serta kewujudan digitalnya di rantau ini. Capaian digital Media Prima ketika ini berjumlah lebih dari 15.3 juta pelawat unik bulanan di seluruh platform digital kumpulan, memenuhi segmen audiens yang berbeza dan menyebarkan kandungan yang relevan di setiap platform. 

Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital, Nicholas Sagau berkata syarikat komited untuk terus menyampaikan kandungan yang lebih bernilai hasil kerjasama Google ini. 

Media Prima Digital telah bekerjasama secara rapat dengan kedua-dua sektor awam dan swasta untuk mengembangkan lagi esukan sambil menyokong aspek penganjuran sihat dan profesional. Dengan sokongan Google, kami berusaha untuk terus menyampaikan kandungan yang bernilai kepada audiens dan yakin dengan visi kami membawa esukan ke tahap yang lebih baik.

SKIP THIS AD ×