berita

Media Prima Sahkan Bakal Beroperasi Di Tiga Lokasi Sahaja

July 16th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan bakal menggabungkan operasinya kepada tiga lokasi sahaja iaitu di Sri Pentas, Balai Berita 2 Shah Alam (BB2) dan Glenmarie Studios Shah Alam (Glenmarie Studios) bagi menepati keperluan aliran serta kecekapan ruang kerja.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap artikel yang dikeluarkan sebuah portal tempatan mengenai pengosongan Balai Berita 1 Bangsar.

Melebihi keperluan

Seperti diumumkan pada 4 Jun lalu, Media Prima sedang melaksanakan beberapa inisiatif berkaitan semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos membabitkan perubahan operasi bagi menangani ketidakcekapan kos daripada pertindihan kerja.

Berdasarkan aliran kerja semasa yang dipertingkatkan, ruang pejabat dan studio bagi keempat-empat lokasi yang melebihi sejuta kaki persegi melebihi ruang yang diperlukan Media Prima. Justeru, Media Prima bakal beroperasi sepenuhnya di tiga lokasi sahaja iaitu Sri Pentas, Balai Berita 2, dan Glenmarie Studios.

Namun sebarang langkah berkaitan operasi dan pengosongan bangunan perlu melalui perbincangan dan persetujuan bersama antara Media Prima dan PNB Development Sdn Bhd (PNBD).

Ini kerana pada 2018, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian jual dan sewa semula membabitkan bangunan Balai Berita 1 Bangsar (BB1).

SKIP THIS AD ×