berita

Media Prima Umum Pengerusi Baharu, Datuk Syed Hussian

June 14th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad syarikat media bersepadu sepenuhnya Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa Datuk Mohd Nasir bin Ahmad akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Bebas Bukan Eksekutif, berkuatkuasa 30 Jun 2019.

Datuk Mohd Nasir terdahulu telah memaklumkan Lembaga Pengarah Media Prima berkenaan hasrat beliau untuk mengundur diri dan berhenti daripada Lembaga Pengarah bagi menumpukan perhatian terhadap tanggungjawabnya sebagai ahli lembaga pengarah di luar kumpulan Media Prima. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Interim Media Prima pada 21 Mei 2018, dan seterusnya sebagai Pengerusi Kumpulan Media Prima pada 12 Jun 2018.

Berkuatkuasa 1 Julai 2019

Datuk Mohd Nasir juga pada masa ini adalah ahli lembaga pengarah CIMB Group Holdings Berhad, CIMB Bank Berhad, SIRIM Berhad dan Prokhas Sdn Bhd. Beliau adalah Pengerusi Kumpulan, CIMB Group Holdings Berhad dan ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Canselor UNITEN.

Menerima hasrat Datuk Mohd Nasir untuk mengundur diri, pihak Lembaga Pengarah menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kepimpinan dan sumbangan beliau kepada Media Prima sejak menyertainya pada 26 Februari 2016. Kumpulan juga hari ini mengumumkan pihak Lembaga Pengarah akan melantik Datuk Syed Hussian bin Syed Junid sebagai Pengerusi Kumpulan, Media Prima berkuatkuasa 1 Julai 2019.

Bagi memastikan peralihan yang lancar dan stabil, Datuk Syed Hussian akan memulakan lantikan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan bakal Pengerusi Kumpulan (Group Chairman-designate) berkuatkuasa 13 Jun 2019.

Pengalaman lebih 30 tahun

Sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu, Datuk Syed Hussian membawa bersamanya pengalaman profesional lebih 30 tahun dalam sektor insurans dan teknologi, serta pengetahuan mendalam terhadap teknologi-teknologi baharu dan kepakaran dalam transformasi korporat. Beliau memulakan karier dengan The American Malaysian Insurance Sdn Bhd pada tahun 1982.

Datuk Syed Hussian kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Cawangan Pulau Pinang pada tahun 1986. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan Serantau bertanggungjawab bagi negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Datuk Syed Hussian juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat-syarikat dalam Kumpulan Media Prima.

Beliau dilantik sebagai Pengarah, Merit Idea Sdn Bhd pada Disember 2003. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengarah di Primeworks Studios Sdn Bhd, Media Prima Digital Sdn Bhd, Metropolitan TV Sdn Bhd (“8TV”), dan Ch-9 Media Sdn Bhd (“TV9”). Beliau juga adalah bekas Pengarah, Tanjung Offshore Berhad, AWC Berhad, Efficient E-Solutions Berhad dan Amanah Raya Reit Berhad. Datuk Syed Hussian juga kini adalah Pengerusi Kumpulan, Western Digital Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Pengarah untuk kesemua anak syarikat operasi Malaysia, Western Digital, termasuk Western Digital Media (Penang), SanDisk Batu Kawan (Penang), Western Digital Substrate Johor dan Kuching. Beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Sarawak (“UNIMAS”).

SKIP THIS AD ×