Kecuaian ibu bapa boleh menjadi punca kepada kemalangan anak-anak yang masih kecil. Hal itu bukan sahaja memudaratkan nyawa orang yang tersayang, malah melibatkan pengguna jalan raya yang lain.
Artikel Berkaitan: Tragedi Sebelum Raya, Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Bas
Artikel Berkaitan: Tragedi Berdarah Menjelang Syawal, Warga Emas Tak Sangka Anak & Cucu Berehat ‘Selamanya’
Artikel Berkaitan: Pemuda Maut Motosikal Rempuh Lori Belok Kawasan Tidak Dibenarkan
Kecuaian ibu bapa
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran di Twitter, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tanpa pemantauan dari orang dewasa meluru lari ke jalan raya menerusi satu rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam).
Dalam video itu, kanak-kanak lelaki tersebut dilanggar kereta yang merakam segala kejadian yang berlaku.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu segera bangun dan terus berlari seakan tiada kecederaan yang teruk berlaku terhadapnya.
Perkongsian yang tular itu mencetus rasa kemarahan dalam kalangan netizen terhadap ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Jaga la anak elok-elok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati golongan ibu bapa untuk lebih prihatin dan berhati-hati. Selain itu, terdapat juga netizen yang berang dengan sikap ibu bapa yang membiarkan anak kecil tanpa pemantauan ketat di kawasan berbahaya sebegitu.
Sumber: Twitter @malaysiaviralll