berita

‘Memang Nak Belajar Balik’ – Nadia Brian Belajar Mengaji Iqra Semula

January 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kita mendengar pelbagai cerita mengenai pelakon cantik iaitu Nadia Brian termasuk juga tawaran dari salah satu produksi drama di Hollywood. Namun, tawaran lakonan tersebut ditolaknya atas beberapa faktor tertentu.

Artikel berkaitan: ‘Lebih Daripada Bercium…’ – Ada Adegan Bogel, Keputusan Nadia Brian Tolak Tawaran Drama Hollywood Terima Pujian

Terbaru, Nadia Brian menerusi posting di IG Story memuat naik video memaparkan dirinya sedang menghadiri kelas membaca Muqadam yang diajar oleh seorang ustazah secara dalam talian. Semoga Nadia terus beristiqomah.

Doakan Nadia

Assalamualaikum, ramai DM Nadia cakap, ‘Nadia baru nak belajar muqadam ke, baru nak mengaji ke?’. Sebenarnya, Nadia juga berharap agar semua mendoakan Nadia.

Nadia Brian mengakui terima banyak mesej di Instagram dan rata-rata pengikutnya bertanyakan kepada dirinya yang baru hendak belajar membaca kalimah Jawi. Nadia bagaimanapun, berharap agar pengikut-pengikutnya mendoakan agar dia terus istiqomah.

Nak recall balik

Walaupun kita tak tahu ke tahu ke, it’s okay untuk kita belajar balik dengan cara betul. Mungkin dah lama sangat tinggal kan. Saya sememangnya nak belajar dari awal balik. Nak recall balik walaupun kita dah tahu.

Menerusi posting tersebut, Nadia kelihatan sopan dengan mengenakan set jubah serta tudung berwarna sedondon semasa menghadiri kelas bacaan secara online itu. Malah, Nadia turut merakam bacaan huruf-huruf Jawi di komputer ribanya sambil memegang Iqra.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×