berita

‘Memang Status Tersebut Saya Tujukan Khas Buat Jihan Muse’ – Aishah

July 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kontroversi mengenai penyanyi Aishah dan salah seorang usahawan kosmetik, akhirnya selesai apabila peguam yang mewakili Aishah telah berjaya menyelesaikan kes tersebut melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak. Terbaru, penyanyi tersebut memuat naik satu status di Instagramnya, berkaitan anak seni yang memandang sinis terhadap perjuangannya ketika melawan kes tersebut.

Menerusi laporan Mstar, Aishah mengakui status sindiran tersebut ditujukan kepada pengacara program realiti yang disertai olehnya iaitu Jihan Muse. Tambahnya, Jihan dan Nabil perlu disepina dan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi membantu kesnya dengan usahawan kosmetik tersebut.

Memang saya tulis status tersebut

https://www.instagram.com/p/BzZeWifhv0c/

Menurut Aishah dia mengaku yang dia menulis status tersebut kerana Jihan dan Nabil perlu menjadi saksi berkenaan isu yang berlaku di antaranya dan usahawan tersebut. Ini kerana, mereka turut berada di pentas yang sama.

Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disepina supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Malangnya, pihak peguam saya susah nak sampaikan sepina itu hinggakan peguam dah bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia.

Segala urusan yang kami buat semua dalam lingkungan yang dibenarkan ooleh undang-undang. Bukan saja-saja nak minta sesiapa masuk campur. Mereka berdua disepina sebab berada di pentas program tersebut dan mereka juga yang umumkan hadiah barang kemas itu.

Keturunan Datuk Jannaton

https://www.instagram.com/p/BzfntFHhAh9/

Aishah turut memuat naik satu posting di Instagramnya berkaitan keturunan Datuk Jannaton. Menurutnya, selepas kes ini selesai, ramai yang menganggap dirinya gelojoh terhadap batu belian tersebut. Tambahnya, itu sesuatu yang melucukan kerana dia bukannya seorang yang daif.  Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa darah yang mengalir dalam badannya merupakan darah fighter yang berpendirian dan berani susah menegakkan kebenaran.

Sumber: Mstar & Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×