Semua sedia maklum pelakon jelita Memey Suhaiza kini sedang sarat mengandung dan kendungannya dikatakan telah mencecah hampir 8 bulan.
Ketika bertemu di majlis tayangan media episod akhir Adam dan Hawa petang semalam, Memey telah memaklumkan yang dia kini merasa teruja dan sentiasa mendengar nasihat doktor agar bersiap sedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada bila-bila masa sahaja.
“Kalau nak difikirkan antara soal takut dan teruja, perasaan saya kini lebih kepada teruja. Maklumlah ini kali pertama dan sebelum ini tak pernah tahu macam mana. Semuanya dengar cakap orang je.”
“Doktor pun ada cakap bila-bila masa sahaja baby boleh keluar dan saya dijangka akan melahirkan baby dalam pertengahan bulan dua ini. Mungkin dalam 12 hari bulan macam tu la.”
“Doktor pun ada suruh saya ‘standby’ sebab mungkin baby boleh keluar dalam dua minggu awal atau dua minggu lewat,” ujar Memey sambil tersenyum manis.
Berkongsi lebih lanjut mengenai kandungan sulungnya, Memey turut memaklumkan kepada pihak media yang dirinya bakal melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur dan dia juga sudah memikirkan beberapa nama yang sesuai untuk bayi tersebut.
“Saya akan melahirkan bayi ini di Hospital Kohilal dekat Taman Melawati dan doktor yang bakal merawat saya adalah doktor yang sama menyambut kelahiran anak-anak abang Norman sebelum ini.”
“Semua ini memang abang Norman yang pilih sebab dia percaya dan sudah biasa dengan doktor tersebut.”
“Untuk nama pula saya dan abang Norman ada pilih 2,3 nama tapi belum pasti lagi nak pilih yang mana. Biarlah abang Norman yang pilih nama tu,” cerita Memey penuh gembira.
Dalam pada itu Memey turut memaklumkan yang dia bakal berpantang di rumah ibunya sendiri di Kota Tinggi, Johor.
“Untuk permulaan pantang saya akan berada di Kuala Lumpur dan ibu saya akan datang sini, manakala untuk selebihnya saya akan balik ke rumah ibu saya di Johor.”
“Biarlah awal-awal pantang dia berada di sisi ayahnya dulu selepas itu baru bawa baby balik kampung.”