berita

Mengadu Sakit Di Bahagian Kemaluan, Kakak Terkejut Adik OKU Disyaki Dirogol Oleh Bekas Tentera

July 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bekas tentera telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merogol seorang wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) lembam. Suspek tergamak mengumpan mangsa dengan membawanya bersiar-siar sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Artikel Berkaitan: Ibu Terkejut Anak 4 Tahun Dirogol Sampai Berdarah, Rupanya Angkara Anak Pengasuh! Terbongkar Bila…

Mangsa mengadu sakit kemaluan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, perlakuan jijik itu dipercayai berlaku semasa suspek yang berusia 37 tahun itu membawa mangsa bersiar-siar menaiki kereta. Apa yang tidak disangka-sangka, suspek merupakan seorang individu yang dikenali mangsa tetapi tergamak mengambil kesempatan itu dengan merogol mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd. Azmir Damiri berkata, perkara tersebut hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 36 tahun itu mengadu kepada kakaknya bahawa dia mengalami kesakitan pada kemaluan. Berikutan daripada itu, mereka membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk membuat pemeriksaan dan keputusan menunjukkan terdapat kesan koyakan pada bahagian kemaluan mangsa.

Difahamkan, suspek kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×