berita

Mengaku Salah Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas, Azri AF Dipenjara 14 Hari

April 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Bekas peserta Akademi Fantasia 9, Azri Abdullah boleh dikatakan semakin menghilang dalam industri hiburan tempatan. Terbaru, bekas peserta AF ini dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku atas kesalahan mendera anak tirinya pada 2 tahun lepas.

Dia dikatakan telah mencelup kedua tangan anak tirinya itu ke dalam air panas. Malah, dia akan disabitkan kesalahan atas Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dera anak tiri

Menurut laporan BH Online, Azri dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan didenda RM 5,000 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya. Dia yang telah mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas pada dua tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan Mohammad Azri menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Celup tangan ke dalam air panas

Selepas dijatuhkan hukuman, Azri dan semua ahli keluarganya termasuk Salma menangis teresak-esak sambil memeluk ssuaminya di dalam kandang tertuduh. Mengikut pertuduhan, Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas pada 5 Mei 2016.

Credit: BH Online

SKIP THIS AD ×