berita

‘Menyepi’ Lepas Kematian Tangmo, Pengurus Kongsi Foto Bersama Mendiang Di IG, Akui Sangat Rindu –’Awak Sebahagian Daripada Hidup Saya’

March 12th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Upacara pemakaman mendiang Tangmo Nida berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga hari Ahad. Upacara yang diadakan di Gereja Liberty Bangkok juga boleh ditonton secara live stream di Youtube CJConnect pada jam 6:30 petang hingga 8:30 malam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadir Ke Upacara Pemakaman, Pengurus Nangis Tatap Gambar Tangmo – ‘Mo, Maaf Tak Jaga Awak Sebaiknya’

Artikel Berkaitan: Berlakon Pengsan Sebab Tertekan, Netizen Dakwa Nampak Ibu Tangmo Nida Shopping & Pakai Jam Tangan Mendiang?

Artikel Berkaitan: Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

Pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik juga telah hadir semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang majikannya itu.

‘Kami sayang awak’

Kehadiran Kratik di upacara tersebut dengan membawa jambangan bunga telah mendapat perhatian ramai terutamanya pihak media. Kratik juga dikatakan menangis saat menatap foto Tangmo Nida di upacara pemakaman tersebut. Tetapi apa yang meruntun hati apabila media menemui kad yang ditulis Kratik tentang luahan hatinya terhadap mendiang.

Terbaru di Instagram, Kratik sekali lagi meluahkan rasa rindu terhadap mendiang rakan baiknya yang juga sudah dianggap sebagai keluarga. Menurut Kratik lagi, dia akan mengingati dan menyimpan segala kenangan bersama mendiang untuk selama-lamanya. Dia juga sempat memohon maaf kerana tidak menjaga mendiang dengan sebaik-baiknya.

Hampir 20 tahun kita berkawan dan hidup bahagia bersama-sama. Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada hidup awak dan awak juga adalah sebahagian daripada hidup saya.

Tidak terhenti di situ, Kratik memaklumkan bahawa dia akan menjaga Easter (anak angkat mendiang merangkap anak kandung Kratik) dengan baik dan penuh dengan kasih sayang.

Awak boleh tengok betapa ramai yang rindu dan menyayangi awak. Jangan risau tentang Easter, saya akan menjaga dia sebaik mungkin seperti awak menjaganya. Saya dan Easter sayang awak sangat-sangat.

Gambar Kratik kongsi di IG

Sumber: Instagram Gatick/Kratik

SKIP THIS AD ×