berita

Menyesal Dengan Kesilapan, Blogger Minta Maaf Fitnah Keluarga Sheila Rusly

August 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kecoh semalam apabila sebuah blogger mendakwa penerbit Sheila Rusly ingin menjodohkan anak lelakinya, Uzair Haqimy bersama pelakon Janna Nick tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian.

Dakwaan tidak berasas itu telah mencetus kemarahan Sheila dan suaminya, Jinggo yang berniat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan: Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Selamat Diijabkabul.. Hantaran RM22,222.22!

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Saya Ambil Tindakan’ – Sheila Rusly, Suami Bengang Anak Dikaitkan Dengan Janna Nick Lagi

Minta maaf secara terbuka

Selang beberapa jam selepas memuat naik hantaran tersebut, pengelola akaun blogger itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui akan kekhilafan.

Menyesal dengan kesilapan, pentadbir akaun tersebut berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama.

Kami selaku Admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen tentang Elisya Sandha dan Sheila Rusly. Dengan ini,  kami ingin memohon maaf pada keluarga @jinggo_jspictures @sheilarusly_jspictures dan keluarga @elisyasandhaofficial dan mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi juga pada sesiapa pun.

Syurga neraka itu benar

Dalam pada itu, individu terbabit turut mengingatkan agar memastikan kebenaran sumber terlebih dahulu sebelum bertindak berkongsi kepada orang ramai.

Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat posting kerana sesungguh dosa dan pahala, syurga neraka itu benar.

Terdahulu, Uzair dan aktres Elisya Sandha selamat disatukan sebagai suami isteri pada pukul 3.11 petang dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

 

Sumber: Instagram @kaki_komen_

SKIP THIS AD ×